Hadis ini menjelaskan bahwa siapa yang mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalannya ke syurga. Ahli hadis ketika menafsirkan hadis ini, menjelaskan maksud kata "siapa menjalani jalan mencari ilmu" adalah seseorang yang berusaha mencari ilmu dengan pelbagai cara dan ilmu yang dicari itu juga adalah ilmu diredai Allah. Ilmu itu adalah ilmu yang dituntut agama yaitu ilmu fardu ain dan fardu kifayah. "malaikat meletakkan sayap-sayapnya kepada penuntut ilmu" yang dimaksudadalah, malaikat akan sama-sama mendoakan mereka agar sentiasa menerima petunjuk Allah, melakukan kebajikan dengan ilmunya dan seterusnya beramal tanpa sia-sia. Orang berilmu sentiasa dimohonkan ampunan untuk mereka dari penghuni langit dan bumi termasuk ikan di lautan. Makhluk ini mendoakan ampunan bagi kesalahan yang dilakukan orang alim yang beramal dengan ilmunya. Kelebihan orang alim yang beramal dengan ilmunya dengan orang beribadat tanpa ilmu adalah seperti kelebihan bulan dengan bintang di langit. Maknanya, apabila muncul bulan purnama, maka cahaya bintang lain akan hilang dan lenyap. Ilmu amat perlu untuk mencapai kebahagiaan kehidupan di dunia dan nikmat yang kekal abadi di akhirat. Ini kerana, nabi tidak sedikit pun meninggalkan harta, sebaliknya meninggalkan ilmu yang bisa memberi petunjuk kepada umatnya dan seterusnya menyelamatkan mereka dari kesesatan di dunia serta azab di akhirat. Menuntut ilmu sangat dianjurkan dalam Islam bagi setiap Muslim dan Allah mengurniakan kepada mereka ganjaran berlipat ganda. Ilmu yang menjamin ke syurga adalah ilmu yang mendekatkan diri hamba kepada Allah terutama ilmu tauhid. Ia termasuk juga ilmu yang menjamin kehidupan di dunia di mana dengan ilmu itu manusia akan mendapat ganjaran di dunia dan akhirat. Maka bersemangatlah wahai pemuda dalam mencari ilmu demi kebahagiaan kita di dunia dan akhirat
Selasa, 01 Januari 2013
DASYATNYA PAHALA PENCARI ILMU

Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar